Sunday, 15 May 2011

 
- kenangan terindah -

Seronok sangat dapat cuti panjang pas tu dapat ikut tunang balik kampung...  tak dapat nak gambarkan macam mana perasaan masa tu... dalam perjalanan pergi tu kecut perut la.. maklumlah pertama kali jumpa family tunang dan pertama kali juga mengharungi perjalanan yang jauh...

Perjalanan ambil masa lebih kurang 8 jam dan sangat memenatkan sebab duduk lama sangat dalam kereta, walaupun tak drive hehehe... tapi kesian gak la kat tunang sebab dia sorang je yang drive.. saya tak pandai drive.. kalau pandai dapat lah jugak bertukar - tukar driver kan...hehehehe

Sampai je kat sana saya di sambut mesra oleh keluarga tunang saya... kebetulan juga malam tu diorang buat kenduri arwah (tahlil-100) buat Nek Chik Binti Ali... saya doakan semoga roh beliau dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama - sama golongan orang yang beriman..Amin.. untuk itu marilah sama - sama kita sedekah kan Al-Fatihah buat beliau. 

Malam pertama kat sana kekok jugaklah..mana tak nya tengok tunang punya saudara mara punya lah banyak..tapi tak hairanlah kan sebab masa kenduri memanglah ramai yang datang...yang seronak nya layanan diorang kat saya sumanya menyenangkan hati saya..hehehehe anyway tq lah kat family tunang saya sebab beri layanan yang terbaik buat saya rasa selesa dan seronak sangat masa kat sana.

Kat sana saya rapat dengan tunang punya anak saudara.. nama dia hajar hadija,, hahaha nama betul dia siti hajar binti mohd raffi... hadija tu gabungan nama dia dengan teman lekaki nya..hahaha.. umur dia baru je 16 tahun tapi mula - mula tengok macam budak darjah 6 sebab badan dia kecil..hehehe jangan marah ye hajar... kat sana dialah teman saya berbual sebelum tidur.. sorry kat dia sebab terpaksa layan saya sampai lewat malam sedangkan minggu tu dia tengah ada exam.. tapi saya tahu dia budak yang bijak so mesti dia dapat buat exam tu punya..hahaha


Kalau nak cerita banyak - banyak pun panjang gak.. nak ucapkan terima kasih banyak - banyak kat family tunang saya sebab sudi layan saya dan maaf juga sebab banyak menyusahkan diorang.. satu perkara yang saya tak dapat lupa masa tengok diorang makan.. yelah kita biasa makan tengahari dengan nasi je kan.. tapi diorang makan nasi dan dihidangkan sekali dengan linut dan di makan dengan sambal belacan.. saya tak pernah makan benda tu tapi diorang makan nampak sedap je.. samapai nasi pun diorang tak toleh dah.. tapi seronak tengok cara kita yang berbeza.. satu juga budak - budak dan anak - anak saudara dia yang berumur 4 hingga 7 tahun fasih berbahasa melanau.. hahaha saya sendiri pun tak pandai berbahasa melanau.. tapi tak hairan gak sebab diorang pun membesar dan dah biasa dengan percakapan tu.. yang tak seronok nya saya tak faham apa yang diorang cakapkan.. saya dok diam je lah... hahaha


Banyak lagi nak di ceritakan tapi nanti saya sambung lagi ye...dan saya akan letak gambar masa saya kat sana ye... 


Anyway terima kasih yang tak terhingga buat tunang Bolkiah bin Haji Suhaili serta semua ahli keluarga yang sanggup melayan saya selama 4 hari saya d sana.. kalau ada masa saya nak pergi bercuti dan berjumpa dengan diorang sekali..


salam sayang dan rindu buat semua..hehehe



No comments:

Post a Comment